Monday, July 16, 2007

aku tak salah

kelas dah start semula last week. takder mood ngak ngajar sebab dah almost three months tak guna skill.hehe. so just buat inroduction session je ngan bebudak. sem ni dapat budak baru dua kelas, and budak public admin 2 kelas. tak dapat budak bachelor. jadual agak ok. tp 3 hari kelas kul 8. aku memang ada masalah bangun pagi. and memang kompem aku akan masuk kelas after 15 minutes. tak tau ler bila leh bangun awal.

tapi yg problemnya, tadi masuk kelas kul 8.10, sorang pun takder dlm kelas. last week dah jumper diorang. so ini kali kedua nak jumpa.tapi ...mana diorang? huhu. penat tau bangun awal.huhu. tepon class rep..rerupanya jadual diorang kelas kul 10. sebab lecturer banyak kali tukar jadual n students tak alert..diorang tengok timetable lama..so...balik opis, ..sambung tido...
sapa salah? aku tak salah.

Tuesday, July 03, 2007

manis masam pahit

all of sudden, everything goes sour..not as sweet as the first time i tasted it..
adakah kerana terlalu mengharapkan sesuatu itu sentiasa manis, ataupun rasa masam itu datang sebelum masanya..
manis beransur-ansur bertukar menjadi masam, dan aku rasa masam akan menjadi pahit..lebih pahit daripada yang aku pernah rasa.

Sunday, July 01, 2007

rasa nak bercerita

dah lama sangat tak bercerita dalam blog. walaupun orang tak baca, tapi sekurang-kurangnya aku dapat meluahkan apa yang aku rasa, alami lately nih. i am quite happy with my life. it is not to say that i am in love, but sometimes i feel i have somebody in my heart. aku rasa bahagia, walaupun kadang-kadang aku sendiri tak pasti dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. sebenarnya aku dah tak larat nak mengejar, menjejak dan mencari sesuatu yang nampak mudah, tapi perlukan pengorbanan hati dan perasaan. mcm my friend said..close yet so far. memang nampak dekat, nampak mudah, tapi semakin aku dekat, semakin jauh rasanya untuk aku dapat. tak pasti samada aku patut terus berusaha untuk mendapatkannya, ataupun aku perlu lepaskan sebab aku takut untuk mendengar kepastian.
dulu aku tak percaya dengan "match-making". bagi aku itu semua tak menjamin apa-apa walaupun banyak cerita yang aku dengar , endingnya positif. tapi aku tak percaya ia akan positif dengan aku, sebab lelaki sekarang too choosy. in fact, some of them tak nice looking pun, tapi mencari yang ..huh..walla..
bulan lepas, aku secara sengaja terlibat dalam "match-making" nih. dalam masa 3 weeks, i was being introduced to 3 guys. yang pertama..kawan kepada husband student member aku..heheh.punyer ler panjang..one year younger than me., technician kat satu big firm nih kat tganu..he was so nice i guess..bersms..berborak..dia ajak jumpa but i refused to see him..mungkin dia bosan..so after two weeks, there were no more smses..and i knew that everything was over.kawan aku aku kata mungkin sebab aku asyik elak drpd jumpa dia.so dia anggap aku mcm nak main2kan dia. yeah..maybe its true. so takperler..aku pun tak salahkan dia. anyway aku sempat rasa gembira for that 2 weeks..

yang kedua, my pakcik nak introducekan aku kat anak bos dia.kerja KL. one year younger than me. dengarnya budak nih akan setuju ngan pilihan parents dia. parents dia mintak gambar aku..and it seemed that his parents setuju. cuma nak tunggu persetujuan dia. but then, one week after that, pakcik aku datang umah and dia kata that guy taknak ada apa-apa komitmen lagi. sebab dia baru jer kerja.banyak mender lum settle. so everything was over. tapi at least aku tak terkilan sangat. sebab aku tak berharap pun untuk jadi. yang kesiannya pakcik aku. dengar citer, parents budak tuh dah jadi malu nak jumpa pakcik aku.sian gak diorang. takperla. masa akan mengubah segalanya.
yang ketiga, dalam minggu yang sama, husband kawan aku kenalkan aku ngan opismet dia. yang ni one year older. orang kelantan. kerja tganu. aku sebenarnya dah malas, tapi aku cuba. kami bersms, bersembang memang giler. bil and prepaid kitorang memang banyak abih. tak pernah jumpa.tapi aku rasa aku dah jatuh cinta kat dia.hehe. dia berani suarakan apa yang dia rasa, dia selalu buat aku ketawa, dia very humble, and yang penting dia buat aku bahagia. aku takut jugak terbang terlalu tinggi. tapi dia banyak bagi aku nasihat and harapan. family aku dah tau aku kawan ngan dia.dia dah diberitahu macamana rupa fizikal aku, yet dia masih nak berkawan ngan aku. itu yang buatkan aku rasa aku jadi yakin. mungkin ditakdirkan dia bukan untuk aku, tapi sekurang-kurangnya aku akan ada kawan yang amat memahami. and akhirnya pas one week aku angau, kami jumper. em..orangnya nice, sweet, n kurus..atlet le akatakan.hehe.tak sampai hati lak aku tengok. yang buat aku terharu, dia tetap berkawan ngan aku selepas jumpa aku. lagipun dia dah tau aku macamana. aku selalu kata aku takut nak jumper dia. aku ni tak cantik. tapi dia selalu bagi semangat. hehe.and alhamdulillah..everything is fine. kami terus berkawan..and kalau tuhan dah takdirkan dia tercipta untukku..aku akan terima.namun terlalu awal untuk merancang semuanya. aku ada misi aku..to reduce weight..hehe..mana tau..misi aku tercapai..pas tu leh pikirkan pasal kawin.
tapi yang penting, aku rasa bahagia. walaupun kadang-kadang aku rasa rendah diri and takut kehilangan sekali lagi, tapi aku kena kuatkan semangat. bahagia milik semua orang kan. terpulang pada kita macamana kita nak pastikan bahagia tu akan sentiasa bersama-sama kita. kadang-kadang aku rasa marah dengan diri sendiri. sebab aku tak mampu nak dapatkan orang yang aku suka. dia tak tercipta untukku. aku terima. semalam, my ex student datang jumpe. nak kenalkan aku ngan abang dia.hehe.one year oleder than me. hmm...perlukah dipertimbangkan? takper..can be included in the waiting list..hehe
aku terlalu terdesak ker? adik aku kat aku terdesak. mungkin betul. tapi kena hati-hati dalam buat pilihan..

Monday, June 25, 2007

Larut..

Wednesday, June 20, 2007

aku bukan aku..yang kau kenal dulu

tak tau apa jadi ngan aku minggu nie. terlalu banyak unexpected things happened. and it makes me wonder why i was the one to face all these things. things that can be avoided. anyway..things happened for reasons. siapalah kita utk menidakkan takdir Allah. dia tau siapa yang boleh dia uji dan kuat untuk hadapi ujian dia. Dan aku rasa aku strong enough to take all the consequences, tapi rupanya aku tak tahan dugaan.

rasa macam nak g bercuti jauh...cari semangat yang hilang..

Monday, May 21, 2007

rindu

i really miss writing in my blog. it was a 5 hectic months i can say. i don't have time to write, to share bout my life, to ngumpat-ngumpat in my blog. tak dapat ngumpat secara maya, ngumpatler secara nyata kan.hehe. dapat subjek tough..so agak sibuk kehulu ke hilir membawa buku. but i didn't read it all the time..hehe..kununnya mcm study maut. but i have to. or else..i am not able to teach my students excellently.. and yang tak dapat dilupakan..beberapa kali i gave them wrong formulas. and they did apply it for a few weeks before they realized it was wrong. what a shame. tapi it was a meaningful lesson.now i know, sometimes we need to think logically and should not 100% rely on the formula. the formula is not wrong, but the person who use the formula do not know how interpret it and deliver it in a right way.

hmm..it was over. bebudak pun dah abih exam.tengah enjoy cuti. me? going to face dull days. research?takde idea. sem depan tak ngajar dah paper maut tu. ngajar budak part 1 pulak.
hopefully i am able to spend some time to continue writing in my blog...macam banyak nak tulis..nantilah dulu.amik mood...

Wednesday, January 03, 2007

umah sewa

aku dah dapat umah sewa. setelah bersusah payah cari umah, masuk kampung keluar kampung, masuk simpang keluar simpang, siap kena hon lagi ngan keter bekakang sebab bwk keter mcm siput. yerlah.org nak cari umah sewa kan memang cam tuh. tak pandang depan dah.sibuk pandang kiri kanan. padan muka kau. sbb kalau aku follw org yg bwk keter slow pun, mesti kau menyumpah kata dia cari umah sewa.haha.cari punya cari, rupanya jodoh aku ngan umah yang dekat jer ngan tempat kerja. tepi jalan raya lak tuh. sian mak aku smalam.takleh tido.mat rempit bersepah tetengah malam. aku tido selamber jer.haha.
so for my frens yang nak g kuala terengganu ker..singgahler umah aku dulu. kat simpang nak masuk tempat kerja aku ada trffic light.umah aku betul2 kat traffic light tuh. so cik syida ker, cik nani ker, datang umah aku tau.tp mcm bisa ah, umah aku bersepah. maklumler aku kan penyepah.
emm..class will be started on next sunday. but i have to attend kursus for staf baru dua hari. and bekpes, lunch, tea are provided. suka aku. k ah. lupa lak. to cik cida..i am sorry. unable to reply ur sms on raya haji hari tu, about ur pagi raya yang indah. and di pagi raya yg indah tu jeger ler hp aku barred.