Wednesday, July 26, 2006

nak sedapkan hati sendiri..huhu

Merenung Bulan - Aishah

Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih
Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan
Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan
Bersyukur atas apa yang dikurniakan. rezeki dan tuah manusia berbeza. jangan harapkan kurniaan yang mungkin bukan milik kita. selemah-lemah kita, ada lagi orang yang lebih lemah. dan sebertuah mana pun kita, belum pasti untuk selamanya.

Monday, July 24, 2006

Pow Sepow Pownyer

Cikwawa: Ah Seng, datang angkat itu cek hari ni tau
AhSeng : Petang ni i datang amik itu cek.
Cikwawa: U jangan lupa bawak itu durian. i teringin nak makan durian
Ahseng : Alaa..i tak leh bawak itu dulian masuk keter.nanti i punye keter busuk. i bagi u itu duit, nanti u pegi beli dulian sendili ah..
Cikwawa: ok
dan petang tu, Ahseng datang amik cek.and bagi rm 50 suh pi beli itu dulian.heheh. aku pakat ngan k ina, nak beli durian 2 biji jer, and balance tuh g makan jejari pizza hut.best best.dah lama sangat kami nak makan pizza, tp takder budget. last2, pow duit cina.apa apa ntah. eh...duit tuh halal ke haram ....hmmmmm

Friday, July 21, 2006

Hmm..

Antara yang BELUM SEMPAT WANITA nak bagitau kat LELAKI
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thursday, July 20, 2006

saje...

nothing interesting to be posted today. cam biasa jer..wat kijer kat opis. tak sibuk sangat. presentation tu wat slow2..malas nak cecepat. there are some datas need to be retraced. fussy ler. tapi takperler. nak kira OT bebudak tchnician ni pun tak boleh.wahai abang technician sekalian..banyak ker OT korang this month? lambat ler hantar ke HQ. dah seminggu aku tunggu. kalau lambat nanti, aku yg teruk.hujung bulan nak proses gaji..pastu nak proses OT. tension gak ah. so cecepat ler hantar summary tuh. i really need it.
lusa nak g gambang, hantar barang kat ipah.bebudak sekarang manja kan. nak apa sumer dapat. especially anak bongsu. dah kakak abang dia sumer dah kijer. tapi salah kakak abang jugak. memanjakan, so bebudak rasa lah dimanjakan.hehhe.tapi aku tak kisah. as long as adik aku happy, ikut jer lah. lagipun, taknak ler dia susah macam aku zaman dolu dolu kat skolah rendah, menengah,u,....sakit kalau time tak der duit.huhu. so ..ipah..amik ler kesempatan sungguh-sungguh. selagi aku leh drive...selagi tu lah aku leh g visit ko kat gambang tuh. heheh..
ada lagi sorang adik. blaja kat sg besi ni ha. lelaki ah. selalu gak g kat dia.sesaja menghabiskan masa.so adik adik ke sekalian, sayangi lah kakak korang nih yang begitu prihatin. nanti kalau kakak nih dah tua, tak kawin, takder suami, takder anak, korang bawakler gi jenjalan pulak yer..maklumlah, kakak korang nih memang suka merendek..hahhaa

dah 1230. time for lunch...babai

Tuesday, July 18, 2006

Kenapa..

Sometimes u make me sick. Why? Tak tahan ler...

Monday, July 17, 2006

Ahad yang amat menakutkan

sampai sekarang, aku dalam ketakutan.tak tenang.sejak menda ni jadi kat aku semalam, aku rasa macam dia sentiasa ada kat mana mana. asyik terpikir muka dia, perbuatan dia.aku takut sangat.padahal bukan menda yang besar pun, or penting. Di tengahari ahad yang indah, 16 July 2006..ceritanya bermula.....
aku ngan nisah g ler citrarasa malaysia kat jalan ampang tuh.saja nak menghabiskan masa hari minggu and menghabiskan minyak kereta..and bawak keter aku jenjalan lepas tiga hari masuk wad. pegi situ pun dah tengahari...lebih kurang sejam kat situ, kami blah.so decided nak pegi low yat..nak survey laptop utk adik aku. dah sampai area situ, pusing ler nak cari tempat parking, sebab kitorang pun tak brapa familiar tempat tuh. apatah lagi aku yg memang buta KL.huhu.kat traffic light kat area situ, lampu merah.jalan mcm sibuk sikit ler. ada tiga lane.kami kat lane paling kiri, sblh tmpat jalan kaki. dpn kitorang ada dua tiga keter.
pastu aku nampak ler sorang org giler nih kat tgh tgh simpang tuh. dia kacau sorang pakcik ni tgh berenti. pakcik ni naik beskal. org giler nih marah2 kat pakcik nih, dia amik towel pakcik tu, campak tengah jalan. sian ler kat pakcik nih gi amik towel dia tuh.aku membebel ler dlm keter.apaler punye org giler.sian pakcik tuh. pastu, org giler tuh pun jalan ke arah simpang kitorang tuh. aku pun cakap kat nisah, wat bodoh jer.jangan pandang dia.nanti dia kacau. so aku pun buat2 ler pandang signboard depan, nisah wat baca paper...
dia pun makin dekat, kami mcm berdebar ah.tapi tak expect pun ada apa2 akan jadi, sbb kitorang tak kacau dia. dia dah lalu sebelah keter aku...tetiba....GEDEGANG....gila punyer orang gila..dia tendang nye pintu belakang keter aku...aku ngan nisah terkejut giler...muka pucat..memasing muka takut.tak pandang belakang pun.org gila tuh membebel2, pastu di terus jalan. takut nyer tuhan je yang tau...pandang side mirror, kemek pintu keter aku...kurang hajar...kalau dah giler tuh memang giler jugak...lampu hijau, kami terus cabut. tak jadi g low yat..terus cari jalan balik serdang.
sepanjang jalan, kitorang kebingungan. memacam andaian yang kitarang buat. kenapa org giler tuh tendang keter aku. so antara andaian yang sempat dibuat :
1. dia nak masuk dlm keter, tp pintu kunci, so dia geram, dia tendang
2. aku ngan nisah kan cantik.so dia mcm impressed. nak berkenalan. tp tak dpt bukak pintu...
3. mungkin keter dia dulu mcm keter aku.so dia ingat itu keter dia.
hahaha.sampai jer umah nisah, baru ler kami kuar tengok rupa keter aku yg kemek tuh...tak teruk sgt, tapi cukup untuk mencacatkan kereta aku yang memang dah sedia cacat. tapi bila pikir balik,.kitorang agak bernasib baik. kalau dia tumbuk cermin keter aku, tak ker haru. tak pasal pasal cermin pecah and kena ganti baru. and berkemungkinan dia hulur tangan and cekik kami. yang masalahnya..semalam aku tak dapat tidur. asyik teringat jer menda nih. dua tiga kali aku terjaga. aku tak nak pikir, tapi tak dpt lawan. sampai hari ni aku teringat. td pun nisah tepon aku, dia pun fobia lagi tuh.teringat2....tulun...............
kepada orang gile yang berkenaan, sekali lagi ko tendang keter aku, aku tendang keter ko. ko ada keter ker?minggu dpn nak g sana lagi sekali..jangan ler jumper ko lagi.aku dah tak sanggup.nanti aku lak yang giler.
esok lusa ok ler kot. slow2. tapi ada gak citer best sblm citer takut nih. pagi tuh pas bekpes, aku g kedai kat area serdang tuh, nak beli gula. nisah duk dlm keter. aku parking dpn kedai, tp bukan betul2 depan ler. pas beli gula tuh, aku pun nak masuk keter. terus menonong aku gi kat keter dpn kedai tu..bila nak bukak jer pintu tuh, aku terperasan, kusyen dlm keter tuh warna kuning. kusyen aku warna buruk kusam.sekali aku silap keter dah.minah dlm tuh gelakkan aku.kurang asam. br aku perasan, keter tuh betul2 dpn kedai. keter aku bukan betul2 dpn kedai. aku pun dengan malunyer g kat keter aku. nisah perasan aku silap, dia pun bantai gelakkan aku. aku tengok minah dlm keter tuh pun tak berenti gelakkan aku. huh....kenapa semua org giler .....huhuhh..........

Friday, July 14, 2006

Minggu yang penat

eh..minggu yang penat ker, aku yang penat. tp yg pastinya, minggu nih memang aku penat. memacam mende yang jadi. nak update pun tak sempat. ceh. macam ada orang nak baca pun blog nih. skrang nih kul 7.35 pm, jumaat, and aku still kat opis. penat sei. dah lama aku tak wat kijer giler nih, stay kat opis sampai malam. tapi sekarang nih kena start balik aktiviti nih, sebab dah sampai masa utk account presentation for the second quarter. dulu first quarter sepatutnya wat bulan april, tp aku tak sempat, bulan 5 br aku present. luckily menda tuh ok, compared to my previous presentation for year 2005. giler jer masa tuh. siap menangis lagi tuh time present. kena tanya tu, tanya nih. and malangnyer, ia tak berakhir kat situ. have to make it one more time, on january 2006. bos takpuas hati. tak fulfill die nyer requirement. actually before presntation 2005 tuh, memasing sibuk. so aku tak sempat nak juper bos nak discuss in depth apa yg dia nak. sib baik ler second presentation tuh ok. and for the first quarter 2006, ok jugak.belajar dr kesilapan. but still bnayak kena improve. utk second quarter nih, dah tak daya. letih oo..
malas ah citer pasal menda nih. tukar citer lain..
Kereta ku masuk wad kecemasan
heheh...tiga ari keter aku masuk wad. kronik giler sakit dia. sblm masuk wad, dua kali doctor tuh kena datang tempat aku, bagi injection kat keter aku, sbb aku inject dia tak nak idup. last2 masuk wad jugak. masalahnya, doktor pakar tuh.caj mahal gila .almost rm 1000. lagi dua tiga hinggit jer nak rm 1000. aku lak tengah pokai gila babi. babi pun tak pokai macam aku. eh..babi ada duit ker?..so terpaksa ler wat loan ngan bank yang paling banyak duit dlm family aku,..Bank Mak Sayang Berhad...malu tuh..dah kijer tapi pinjam duit mak..ampunnn kana anakmu ini, anakmu tak berdaya, jauh di perantauan...tak tau ler bile leh bayar balik.
sepanjang keter aku kat wad, aku menapak gi opis tuh. tiga hari jalan kaki. sib baik opis depan umah jer.tp jenuh gak ah. 15 minit tuh. tunduk tersipu sipu aku sepanjang jalan. kena lalu depan kawasan perumahan.kena ler tunduk.mana ler tau ada makcik yang nampak, terus berkenan wat menantu.hahhaa...tak payah lah makcik amik aku jadi menantu, nanti ngan duit makcik skali saya pinjam..kalau makcik nampak saya macam kaya, lupakan je lah..maapler, tak dapat ler makcik nak kikis harta saya.saya bukan ada duit pun. tak pernah cukup. nanti makcik menyesal lak. masa tuh saya taknak bagi anak makcik tinggalkan saya. melopong ler makcik..silap silap, suami makcik lak saya gi gadai kat bank..bayar loan..hahahaa..
huh...apa merapu dah...
Abang Nick Yau yang ensem
aku minat giler kat nick yau.saper nick yau tuh?watak hero dalam citer cina tv2..drem of colours..baru jer abih dua tiga ari lepas. cute, hensem, cool...tergoda akak....yg paling best masa ending tuh.....
macam seram sejuk je duk opis memalam sorang2 nih....

Thursday, July 13, 2006

Macam Best jer...

Samsons - Kenangan Terindah

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka

Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Wednesday, July 05, 2006

Thursday comes

Eh, ari ni kamis yer....emm,so, what is the decision? alah, cuma kena pilih antara dua jer.pegi ke tak pegi. aku pun buat ler keputusan..jeng jeng jeng..pegi jer ler.

so, i have been asked all these things;
1. Rukunegara
2. Islam Hadhari
3. Multimedia Super Corridor
4. Tagline Utusan Malaysia
5. Beza www. ngan LAN
6. Beza perakaunan kos ngan kewangan

As usual, kalau aku tak dapat jawab, aku sengih jer ler.

p/s : Moral of the story: Be prepared before u attend any interviews. Tapi aku tak puas hati ah..rukunegara aku tunggang langgang. kali keempat baru betul...huhhu. ni kalau tanya meksah ngan cida pun, mesti depa tergagap gagap.hahaha.maafkan kami penunggu gua...

Tuesday, July 04, 2006

Bingung ke Bengong?

Minggu ni aku bingung..ataupun bengong..aku pun tak sure. selagi belum ari kamis, selagi tu lah aku bingung. have to decide...rabu ke kamis ker? have to choose either one. huhu.tp yang pastinya, rabu punyer dah out ler.hari ni dah rabu.menyesal tu tak ler sangat.sebab aku dah malas, dah agak berputus asa. so untuk esok, khamis, aku akan decide mlm nih.kali ni aku tak excited langsung mcm dulu2. dah letih. dahler menda2 yg patut kena ada aku tak prepare langsung pun lagi.biarlah...tengok pagi esok camner.kalau rasa nak pegi, aku pegilah. kalau rasa malas, aku masuk opis jer. tapi yg pasti, hati aku langsung tak ingin ke sana.

sesapa yg baca ni...korang confuse ker? aku pun confuse.takperla...biarlah aku jer yang tanggung.huhhu..

aku bagitau decision aku esok..

Sunday, July 02, 2006

Seharian di Pejabat

Situation 1:

Boss : Wa, saya tengok kerja EDP ni banyak lagi belum direkod.Belum update (Ekspresi Muka - Confuse
CikSalwa : Memang ah. Saya belum update apa apa pun. (Ekspresi Muka - Bersalah)

Conclusion : I am a lazy employee...love to postpone my works

Situation 2:

Opismet : Eh, wa, gaji aku braper sebenarnye nih? (Ekspresi Muka - Confuse)
Ciksalwa : RM*,000.00 ler.naper? (Ekspresi Muka - Cuak)
Opismet : Apa plak...kan aku patut dapat RM * ,500.00. (Ekspresi Muka - Confuse)
Opismet : Saya cek dulu...tapi rasanya betuller (Ekspresi Muka - Separuh Konfiden)

Conclusion : I am not good in interpreting instructions. Hmm.. but... your salary is based on what the boss had told me before...huhhu....

Want to know what is the exact salary? hahaah....betul ler yang dia cakap tuh...cuma bos jer tersilap bagitau kat aku..so aku pun ikut bos ler. so korang rasa, sapa yang bersalah? aku rasa takder sapa bersalah. It depends on how the instruction is delivered...hahaah.apa apa pun, takder apa nak dirisaukan. nanti aku akan buat ammendment utk gaji nih... and one more thing, aku memang lambat sikit pick up untuk memahami arahan.

Situation 3:

Boss : Wa, berapa dah kos untuk projek kat Branang tuh? (Ekspresi Muka - Confuse)
Ciksalwa : Hehe..update separuh jalan jer bos. Nanti saya sambung update (Ekspresi Muka - Bersalah)

Conclusion : Ciksalwa memang suka buat kijer sparuh jalan..hahaha

Question : Give your opinion on the situation as discussed above in not more than 20 words.
Answer : Ciksalwa is a bad employee. She should be terminated from her post as soon as possible in order to avoid more problems occured.

Kah Kah Kah.........