Tuesday, August 22, 2006

bulan tetamu

bulan ogos ni aku isytiharkan as bulan tetamu. nak tau naper? sebab almost every weekend rumah aku didatangi tetamu. bermula ngan my parents, keluarga abang aku n adik aku minggu pertama, then minggu ketiga kakak aku ngan suami dia ngan adik aku, minggu keempat esok lusa nih, aku nak menyambut spesel guest..heheh.cik sida sidu. eh...ko nak datang umah aku ker.aku seronok sebab umah aku jadi meriah.ada masak-masak, makan-makan.sejak aku duk sorang ni, weeken aku sentiasa best.kalau tak der tetamu yg datang, aku pulak jadi tetamu kat soping complex.walaupun poket kering, kena gak pegi nak timba ilmu.nak tengok harga barang naik ke maintain ker, stok handbag banyak lagi ke tak kat sogo, kasut mana yg muat ngan kaki aku, kain camner yang latest kat jln tar..tempat soping aku yg cikai2 jer..bersederhana sebab duit sentiasa tak berapa nak cukup. kalau jadi org kaya..lain ler pulak selera aku. tapi walaupun selalu pokai, selera makan besar jugak.tu yang pelik.
weeken ni aku ada dinner or reunion ..macam tak sabar jer nak pegi. dah lama tak jumpa memember stf926 since abih spm dolu. yang selalu jumper cik sida sidu jer. tapi aku takder baju glamer..pakai baju huduh jer lah.ada sesapa nak pinjamkan baju utk aku? takperlah..huduh pun huduh ler.yang penting, aku nak jumper member2 skolah. cik sida sidu, takder baju lebih ker?
minggu terakhir ogos aku nak balik kampung. last balik bulan 6. so kepada orang kampung yang mengenali aku, jangan lupa sambut aku.heheh.aku beriya jer nak balik..ntah ntah nisah taknak tumpangkan aku naik keter dia.takper ler..aku balik naik bas je lah.

Tuesday, August 15, 2006

Nilai maaf

Hmm..disebabkan staf kat sini bersaudara, kecuali aku n k ina, so kami memang rapat each other. sometimes main cakap aku engkau jer ngan bos. and mungkin kita tak perasan ada sesetengah gurauan menyakitkan hati dan memmbuat orang lain tersingggung. dan mungkin orang lain buat kita tersinggung.

semalam ada satu gurauan utk aku terkeluar dari mulut my second boss. aku tak amik kisah sangat.anggap menda tuh biasa.tapi gurauan tuh buat aku terkedu jap. aku tak kecik ati. and aku cakap kat dia, aku tak nak kaawan dia.taknak tegur dia.hehe. sekadar membalas balik gurauan. tapi kami bekerja macam biasa.

at the end of the day, dia panggil aku masuk bilik dia.and guess what. dia mintak mahap ngan aku atas gurauan dia pagi tadi. sambil gelak, aku bagitau yg aku tak kecik ati pun. and aku macam rasa terharu..sebab dia sanggup mintak maap ngan aku.

masih adakah orang yang korang belum maafkan? aku...ada sorang nih. hari hari hati aku maafkan dia..tapi dia kadang-kadang suka suka hati dia jer nak buat aku kecik hati. tapi takper.maafkan jer lah. dia tak sengaja. tapi dia tak pernah mintak maaf ngan aku.huhu

...sekarang nih kalau nampak je GTi...rasa macam nak tendang-tendang je bagi kemek...

Sunday, August 13, 2006

August yang macam-macam

rasa macam banyak jer menda nak citer. tapi malas.i didn't post anything last week. quite busy and was not in a very good health.demam. rasanya ni flu and fever yg paling teruk tahun ni.amik MC on last monday. pepagi tepon bos.buat suara macam org dah nazak. kejap-kejap kuarkan hingus.mintak simpati. bos pun bagi ler cuti. aku tak gi klinik pun. MC sendiri jer. aku guna kuasa yang ada. aku jaga HR, so takper ler kalau takder MC. jahat kan. tapi kalau staf lain amik cuti sakit tanpa MC, mau satu malaysia nih aku cari.hahaha
kebetulan lak my parents ada kat umah. dapatler makan mak aku masak.walaupun masak sayur sawi jer..tapi dia punyer kick tuh..perggghh.kalau dah namanya air tangan mak tuh, masak air kosong pun rasa mcm air nescafe.ampun mak. masa mak aku baru sampai umah aku, family abg aku and adik yg kat sg besi tuh datang lunch umah aku. dah lama tak makan makanan mak aku masak. and rumah aku yg sebelum ni mandom tetiba jadi meriah ngan bau kari mak aku yg best. satu flat tuh bau..wahhh...bangga aku. sblm ni aku masak gak. tapi takder bau pun. tetiba jer makanan dah siap.hahaha.tak sedap ler tuh maksudnyer. apa ler ko ni, tak pahampaham.
seharian tuh aku duk melepek. pas bekpes, tidoq. pas lunch, tidoq.pas tidoq jer, asar.pas asar jer maghrib. isyak lak tetiba je pas maghrib.pastu malam tuh bawak parents aku g shopping. sian depa. terpaksa gak melepek kat umah siang tuh, sebab aku tak larat nak bwk depa gi jenjalan.
selasa pagi, hantar parents aku naik bas balik KT. then aku pun dengan malasnyer masuk opis. demam dah kurang. luper lak. ari nih genap ler setahun aku kijer kat co nih. dulu ingat nak kijer sebulan jer..tetiba sangkut sampai setahun. kenapa ntah. macam tak leh melangkah ke tempat lain. pelik tul.hehe.sebenarnya tak pernah dapat offer tempat lain.camner nak dapat..tak pernah mintak.kalau dapat pun, time intebiu, asyik sengih jer.ingat cantik ker apa.huhu. lunch time, bos bawak gi VS. macam jakun jer.tak penah seumur hidup aku gi tempat tuh.kat kampung aku takder tempat makan mcm tuh.aku ingat kalau berenti kijer, balik kampung, bukak branch VS depan umah. mesti aku jer yang duk perabih makan. TQ bos. aku ngan k ina tak reti nak mengorder. sib baik wife bos tuh tulun orderkan. aku makan jer ler. rejeki jangan ditolak. pas makan, tetiba aku rasa macam best jer kalau aku jadi org kaya. leh gi makan situ sokmo.
dah genap stahun kijer ni, ingat nakler improve skit performance. asyik malas jer time kijer. suka melawan. bos mintak esok, minggu depan baru aku bagi apa yg dia nak. pernah ah kena sound. sometimes aku rasa menda tuh dah banyak kali aku buat, dah banyak kali aku bagi kat dia. tapi mintak lagi. tu yang aku malas. huhu. so aku bertekad nak memajukan diri. asyik memajukan badan jer..kerja pun kena ah maju.kononnyer lah.and TQ Mr Bos..for the increment.heheh.aku tak mintak.tapi mak aku pesan, kalau org bagi, amik ah.
tapi rupanyer janji tinggal janji. aku tak mampu nak improve. rabu, kamis, jumaat..tiga hari aku lambat masuk opis. sengaja bangun lambat. and sengaja masuk opis lambat setengah jam. aku nak tengok, apa akan jadi kalau aku lambat masuk opis. best ker tak best. and i found out yang memang menda ni best. sebab gaji aku kena potong tiga jam..sebab punch card lambat.....huwaaaa......dan aku sendiri yang akan memotong gaji aku utk august nih.huwaaaa....buat lagi perangai..sendiri lambat, sendiri tanggung. sebelum nih aku suka hati jer potong gaji staf lain yg masuk lambat..sekali kena kat aku ..padan muka.. tapi takper..aku akan pastikan yang ada staf lain yang kena potong gaji lagi banyak daripada aku.hahaha
emmm..lupa lak. to my fren , cik sida sidu or syahida binti syahidi..huhu...ampun.happy bithday.may god bless you. aku ada hadiah best nak bagi...hadiahnyer..aku halalkan hutang RM 100 yang "aku" pinjam daripada "ko". hahaah..ayat nih betul tau. takder kesilapan susunan perkataan.hadia ni ler yang paling mahal pernah aku bagi kat orang. ampun..tak buat lagi. dah lama kawan ngan makcik nih. since sekolah dulu. kawan suka duka.huhhu